08/04/2013

Apakah Kunci Syurga Itu?

Assalamualaikum dear Readers!!
Sesungguhnya Islam itu Indah..

Baca kisah seorang lelaki Arab yang
menimba ilmu d Amerika..


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. pemuda ini adalah salah seorang yang diberi keistimewaan oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya.Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.hubingan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayan masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan mlintas berhampiran dengan gereja yang terdapat di kampung tersebut itu, dan sahabatnya meminta agar dia masuk ke dalam gereja.Dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi perminyaanya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk,mereka serentak berdiri bagi memberikan penghormatan lantas kembali duduk.Di ketika itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepad aparah hadirin dan berkata "Di tengah kita ada seorang Muslim.Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.Pendeta tersebut megucapkan kata0-kata itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda itu berganjak keluar. Di tepi pintu dia bertanya kepada sang paderi , "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang muslim" Pendeta itu menjawap, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."Kemudian dia berganjak keluar,namun sang pendeta ingin memanfaat kewujudan pemuda itu, iaitu dengan mengajukan beberapa soalan,tujuannya bagi memalukan pemuda tersebut dan sekaigus mengukuhkan lagi anutannya.Pemuda muslim itupun memerima cabaran debat tersebut.

Sang pendeta berkata "Aku akan mengajukan 22 soalan dan anda harus menjawapnya dengan tepat," Si pemuda tersenyum dan berkata, "Sila"

Sebutkan satu yang tiada duanya,
Dua yang tiada tiganya,
Tiga yang tiada empatnya,
Lima yang tiada enamnya,
Enam yang tiada tujuhnya,
Tujuh yang tiada lapannya,
Lapan yang tiada sembilannya,
Sembilan yang tiada sepuluhnya,
Sepuluh yang tiada sebelasnya,
Sebelas yang tiada dua belasnya,
Dua belas yang tiada tiga belasnya,
Tiga belas yang tiada empat belasnya,
Sebutkan  sesuatu yang bernafas namun tidak mempunya ruh!
Apa yang dimaksudkan kubur berjalan membawa isinya ?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
Siapakah yang tercipta dari api,siapakan yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercipta dari batu,siapakah yang diazab dengan batu dan siapakan yang terpelihara dar batu?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting,setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah 3 bi bawah naungan daun dan dua di bawah sinaran matahari?

Mendengar soalan tersebut pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.Setelah membaca Bismillah pemuda itu berkata..

Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
Dua yang tiada tiganya ialah siang dan malam.Allah SWT berfirman dan kami jadikan siang dan malam.
Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dialkukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan,membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil,Zabur dan Al-Quran.
Lima yang tiada enamnya ialah solat lima waktu.
Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah AWT mneciptakan makhluk.
Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapisan.Allah SWT berfirman, "yang telah menncipta tijuh langit berlapis-lapis.Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha pemurah sesuatu yang tidak seimbang."(Al-Mulk:3)
lapan yang tiada sembilannya ialah malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada dipenjuru-penjuru langit.Dan hari itu lapan malaikat memjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah:17).
Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa:tongkat,tangan yang bercahaya,angin taufan,musim kemarau,katak,darah,kutu dan belalang.
Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan.Allah SWT berfriman, "Sesiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluk kali ganda." (Al-An,am:160)
Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Yusuf.
Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air bagi kaumnya, lalu kmai berfirman,'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.,'.Lalu terpancutlah dari padanya dua belas mata air." (Al-Baqarah:60)
Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
adapun yang bernafas namun tidak mempunya ruh adalah waktu Subuh.Allah SWT berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir:18)
Kubur yang membewa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
Mereka yang berdusata namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Yusuf, yakini ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf pada berhampiran denga barang-barang kami, lalu dia dimahan sarigala." Segala kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu."Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohon ampun bagimu kepada Rabbku.Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara keldai.Allah SWT berfirmah. "Sesungguhnya seburuk-buruk bunyi adalah suara keldai."(Luqman:19)
Mahkluk yang dicipta Allah tanpa ayah dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, unta Nabi Shalih dan kambing Nabi Ibrahim.
Makhluk yang dicipta dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.Allah berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anabiya:69)
makhluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Khafi(penghuni gua)
Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagai firman Allah SWT, "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu amat besar." (Yusuf:2)
Ada pun pohon yang memiloki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun memunyai 5 buah,3 pada bawah teduhan dan dua pada bawah sinaran matahari maknanya:Pohon adalah tahun,ranting adalah bulan,daun adalah hari dan buahnya adalah solat 5 waktu,Tiga dikerjakan pada malam hari dan dua dikerjakan pada siang hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut.Kemudia dia pun mula hendak pergi.Namun membatalkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawap satu soalan sahaja.Permintaan itu disetujui oleh pendeta itu.Pemuda ini berkata, "APakah kunci syurga itu?" Mendengar soalan itu lidah Paderi menjadi kelu,hatinya diselimuti dengan keraguan dan rona wajahnya pun berubah.Ia berusaha memyembunyikan kekuathirannya, namun tidak berhasil.Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawap pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melemperkan 22 soalan kepadanya dan semuanya dia jawap sementara dia hanya memberi satu soalan tetapi anda tidak mampu menjawapnya!" paderi itu berkata "Sungguh aku tahu mengetahui jawapan dari soalan tersebut, namun bimbang kalian marah." Mereka menjawap "Kami menjamin keselamatan anda." Paderi itu pun berkata, "Jawapannya ialah:Asyhadu an La Il
aha Illahallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah."

credit to halimislam.com


Warta berkala,
-juanishasnih-


No comments:

Post a Comment