Amazing!!!!
Sedikit sebanyak gambar Jambatan Nabi Musa a.s.
Arghhhh!! teringin pla p sana ni..
Assalamualaikum Dear Readers!!
Arini nak update entry apa ya..Isk!Isk!isk...
Gimana nak jadi bloger famos kayak Fatin Liyana kalau malas2
ni..
Hahahah.. Ok nak tulis fasal jambatan “Nabi Musa a.s” la..
Pernah dengar tak... Mesti lah pernah kan..
*saya kagum denga pecipta tapi saya lagi kagum dengan yang
Maha Pencipta..
Di negara Belanda telah milahirkan seseorang yang sangat
kreatif dengan membina jambatan sebegini.. Allah S.W.T telah kurniakan dia
Pemikiran yang luar biasa sehingga terciptanya jambatan ini..
Saya pasti dear readers tahu dan ingat akan kisah Nabi Musa
a.s dimana Allah SWT telah memberi wahyu kepada Nabi Musa a.s untuk membelah
Laut Merah.Kejadian ini dimana Nabi Musa a.s telah dikejar oleh Firaun dan bala
tenteranya.
Surah Al-Baqarah Ayat 50:
“ Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu,
lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan
pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan.”
Waktu Nabi Musa a.s. membawa Bani
Israil ke luar dari negeri Mesir menuju Palestina dan dikejar oleh Fir'aun,
mereka harus melalui laut Merah sebelah Utara. Maka Tuhan memerintahkan kepada
Musa memukul laut itu dengan tongkatnya. Perintah itu dilaksanakan oleh Musa
hingga belahlah laut itu dan terbentanglah jalan raya ditengah-tengahnya dan
Musa melalui jalan itu sampai selamatlah ia dan kaumnya ke seberang. Sedang
Fir'aun dan pengikut-pengikutnya melalui jalan itu pula, tetapi di waktu mereka
berada di tengah-tengah laut, kembalilah laut itu sebagaimana biasa, lalu
tenggelamlah mereka.
Kejadian itu telah menjadi Ilham dan
pedoman kepada umat manusia,seterusnya membina jambatan yang diberi nama
“Jambatan Nabi Musa a.s”
Laluan itu juga telah menjadi laluan
kepada pejalan kaki di Fort de Roovere.
Mereka yang bertanggungjawap dalam
membina jambatan ini ialah RO&AD Arhitects.
Kayu yang digunakan adalah kayu jenis
Akoya kerana tahap ketahanan yang tinggi dibandingkan dengan kayu jenis lain
jika berada lama dalam air.Ini menjadi faktor utama kepada RO&AD Arhitcts
menggunakan kayu ini sebagai bahan utama.jambatan itu dibina sedemikian bagi
mengekalkan pemandangan dan landskap parit pertahanan yang dibina di kota
itu.Para pengguna jambatan itu ialah pengunjung yang berkunjung ke kubu lama
berkenaan.
Warta berkala,
-juanishasnih-

No comments:
Post a Comment