07/01/2013

Malu Vs. Puji

Dimalukan vs. Dipuji

Sesiapa pun pernah berasa malu..
Malahan dimalukan oleh teman2,keluarga, dan orang yang kenal dengan kita..
Saat ini sangat membuatkan diri kita berada di paras yang paling bawah..
Memang tidak ada satu pun yang suka apabila dimalukan..
Kerana ini akan membuka aib seseorang kan?
Dan tak baik bagi membuka aib seseorang
Pada mereka yang pernah dimalukan secara sengaja atau pun tidak sengaja
Janganlah berasa sedemikian..
Maka bersyukurlah kerana ALLAH SWT masih lagi menjaga aid anda yang lain..
Jarang pula kalangan kita yang mengucap "SYUKUR ALHAMDULILLAH" saat dimalukan
Kerana tidak bersyukur yang ALLAH SWT masih menyimpan ragi aib kita yang lain.
Maka dari sekarang bersyukurlah ketika dimalukan..
Dalam masa yang sama kita bersabar..
Sesungguhnya bersabar pahalanya tidak ternilai..(Banyak)
Apabila dipuji pula(Kebanyakan kaum HAWA)
Sangat suka!!
Memang itulah lumrahnya kaum hawa yang sangat sukakan perhatian terutama dari kaum Adam..
Apabila memakai pakaian@ makeup@ gajet yang baru mula la tu minta perhatian..
Apabila tidak dipuji..Mulala juga jauh hati@ kecil hati..
Mengapa berasa jauh hati..?
Kerana manusia sering dihantui oleh sifat memiliki..
Walhal..Allah telah tentukan takdir buat seseorang..
Jadi jangan berasa suka apabila dipuji kerana setiap apa yang kita miliki akan pergi..
Bahkan roh juga akan berpisah dari jasad..
Apabila Allah menghendakkan ia terjadi..
(Rosak,hilang,dicuri dan macam-macam lagi)
Yang membuatkan kita tidak lagi memilikinya..
Bersyukurlah,Redha dan bertawakal lah..
Jika kita tidak lagi memilikinya..

-juanishasnih-

No comments:

Post a Comment