06/02/2012

MeNanGis Dan TerSeNyUmLaH..:-( ......:-)

adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa,
adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai setitik airmata
bersyukurlah kepada orang yang menyakiti kerana dia yang menabahkan diri
bersyukurlah kepada orang tidak mempeduli kerana dia yang memupuk kita untuk berdikari
bersyukurlah kepada orang yang menjatuhkan kerana dia memperhebatkan lagi kemampuan kita

menangislah agar terlepas semua duka...sekalipun ia tentu saja tidak menyelesaikan segalanya, tapi ingatlah kadang-kadang setitis airmata itu mempunyai seribu satu pengajaran... ingat dulu, saat kita terjatuh dari tempat yang tinggi, kita menangis...kita meraung sakit...tapi sedarkah pengajaran disebaliknya? airmata kesakitan itu mengajar kita agar jangan lagi berani menduga tempat tinggi kalau tidak hendak tertimpa kejatuhan....itulah hakikatnya airmata...jatuhnya setitik, pengajaran selamanya...

ketawalah bila terasa ingin ketawa kerana itu kunci bahagia... jangan berkata nista pada mereka yang mendusta...jangan kata caci pada mereka yang membenci... sebaliknya, hadapinya dengan senyuman... senyuman kita, ketawa kita adakalanya senjata paling ampuh yang melemahkan kekuatan musuh... mana mungkin hati mereka kekal tegar melihat kita tersenyum saat semua halangan, dugaan, tohmahan telah dijatuhkan di pundak kita! mereka juga manusia...
jangan sesekali menabur benci dalam hati terhadap mereka yang menyakiti... biarkanlah saja mereka... cuba bertenang...fikirkan sedalamnya... positifkan minda... lihat dalam diri...cermin kesakitan itu sebagai satu ketabahan....
bagi mereka yang enggan peduli, jangan gentar...hidup takkan berhenti sekalipun dia enggan melihat kita lagi. itu bukan penamat hidup! itulah permulaan...lihat sesudah perpisahan, kita tentunya akan lebih maju ke hadaapn jika kena pada caranya... sekali lagi, menangislah andai itu mampu meredhakan tetapi sesudah itu bangkitlah segera... tawan semula kesakitan dengan senyuman...ketabahan...
bagi mereka yang menjatuhkan, memang menyakitkan...lebih2 lagi bila ia kawan, teman.... maafkanlah saja kedengkian mereka... lupakan semua kesakitan... tawan kemarahan mereka dengan keupayaan kita membuktikan yang kita memang berhak untuk apa yang kita usahakan.... itulah kehidupan.... tidak semua kawan adalah teman tapi pastinya semua lawan adalah mereka yang bukan kawan! faham???
ingat..pegang satu kata "kawan takkan menjatuhkan sebaliknya membangunkan semangat kehidupan"... kalau dia enggan bersama kita lagi hanya kerana di mana kita berada kini, teruskanlah berjalan...jangan berhenti hanya semata-mata untuk memuaskan hati dengki mereka.... sebaliknya jika berkemampuan, bawa mereka bersama ke puncak jaya... insyaallah.... kemanisan akan lebih terasa....

02/02/2012

lost in LoVe..

Kekadang..
sy x mampu untuk menjangka apa yg bkal akn blku..
Yeee.. la bukannya tukang tilik pun..
klo sy ada kuasa cm Dakota Faning dlm Push.. kna bestt..
u knw..
nda tau la mo ckap cm mna...
knpa ssh sngt sy mo stia bcinta..
sy bkn curang tau..tp x prnah percaya dngn llki..
hrp2 stu hri nti sy dpt buka hati..
mmg sunyi la ba jg kn...
tp bsbr ja la..psti stu hri nti Mr.Right tu akn dtg..
Knnnnn..
hahahah